Sunday, June 30, 2013

sp (rpt) & hsp thn 4



assalamualaikum sahabat...
baik, ada lagi 6 bulan untuk habis 2013..
jadik, ada masa 6 bulan je lagi untuk pakai sukatan pelajaran nie sebab tahun depan dah masuk kssr pulak..
apepun, link ada kat sebelah ea...
sila scroll ke bawah..
and,and harap antum dapat bantu ana dengan tekan iklan kat sebelah jugak..
syukran...

(,")


rpt, dsp & dsk pendidikan islam tahun 3



assalamualaikum sahabat...
alhmadulillah...
dalam masa 20 minit...
selesai jugak untuk tahun 3..
tahun tiga nie baru..
tahun depan semangat la pulak carik kssr untuk tahun 4 kan?
semoga dipermudahkan juga urusannya....
ookay...
bersihkan diri dulu...
bye2x...
 lupe, semua maklumat tu ada kat side bar sebelah tau...
time kaceh..


dsk, dsp anD rpT Pi tahuN 2



assalamualaikum sahabat...
yeay!!!
pengajaran untuk tahun 2 pun dah siap...
so, antum boleh down load dkt sebelah ea...
semoga ia dapat membantu antum terutama mereka yang blur2x macam ana nie..
huhu..

Tuesday, June 25, 2013

rancangan pengajaran harian, dokumen standard kurikulum, dokumen standard prestasi



assalamualaikum sahabat...
bagi guru pelatih j-qaf..
sape2x bainakum yang nak dokumen-dokumen berkaitan dengan tahun 1, ana dah lampirkan dekat sidebar di sebelah kanan blog ana nie...
ada rancangan pengajaran harian, dokumen standard kurikulum, dokumen standard prestasi, agihan tajuk...
tp, macam lambat sikit la sebab rancangan pengajaran tahunan ana buatkan dalam minggu..
so, korang nak download macam susah jugak sebab nak kene bukak satu2x..
sape2x yang nak by email...
sila klik pada iklan..
jadi follower ana dengan klik join this site kat sebelah..
ba'da zhalik...
dekat bahagian comment tu...
antum listkan ape yang antum nak...
jangan lupa tinggalkan alamat email...
or, kalau nak privacy, korang boleh email ana di alamat nie..
doubledeeya@gmail.com
tp, lambat sikit la sebab ana tak selalu update email ana tu..
by comment tu mudah la sikit sebab ana selalu bukak blog daripada email.. huhu...
aperpun, nanti antum cek balik sebab ana takut tersalah upload..
and jangan malu-malu nak bagitau kalau dokumen link dokumen tersebut salah..
nanti ana update..
syukran jazilan..
till d next entry...



Monday, June 17, 2013

senarai semak dokumen temuduga spp



assalamualaikum sahabat..
entry kali nie berkenaan dengan dokumen yang diperlukan untuk temuduga pegawai perkhidmatan pendidikan (spp)..

1. gambar berukuran pasport
2. kad pengenalan
3. surat beranak
4. sijil akademik upsr, pmr, spm, stpm
5. ijazah dan transkrip (bm & bi)
6. diploma pendidikan dan transkrip 
7. pengiktirafan kelayakan JPA
8. surat tawaran ke IPG
9. dokumen sokongan (asingkan mengikut bahagian -persatuan-sukan-unitBeruniform-)
10. salinan di atas yang "diperakui sah" 
11. buku rancangan pengajaran harian (praktikum)

 errkkkk...
macam banyak je nak kene tulis kan...
so, ana godek2x la kawan blogger and jumpa ini...
sangat interesting and quite complete... siap bagi nota lagi...
siapa yang rasa blur pasal prosedur dia, boleh gi kat blog abg fadzli nie..
sape yang malas nak bace banyak2x, tengok je atas tu.. 
tp, macam rugi la kan..
so.....

sila singgah (,")



Sunday, June 16, 2013

j-QAF kemaskini jobsmalaysia



assalamualaikum guru pelatih...
hmmm...
tadi, sahabat ana yang juga merupakan guru pelatih iptho bagitau suruh guru pelatih j-QAF ambilan 2012 untuk daftar atau kemaskini jobsmalaysia...
sila klik gambar key...
Logo JobsMalaysia

tujuan utama pengisian ini adalah untuk mengemaskini tempat temuduga, katanya...
ini info yang ana dapat...
ana dah buat dah...
tp, x pasti info nie sah ataupun tidak..
adakah untuk batch ana ataupun just untuk antum yang bukan keluaran maktab perguruan mod lpbs j-qaf nie...
ada sape2x dapat sahkan, sila update sama ada ia perlu dilakukan atau pun tidak pada bahagian komen atau dalam group facebook sendiri..
syukran (,")

tambahan, ada yang bertanya nak update kat mana..
senang je nak isi or update...
ana bagi contoh sahaja kat sini ea..
baik, firstly korang kene log in...


kalau tak pernah daftar - daftar akaun baru
kalau korang lupa kata laluan, klik kat lupe kata laluan...

dah masuk, sape yang tak pernah isi, korang kene isi maklumat diri dan maklumat lain..
lepas tu, korang skroll ke bawah, sampai jumpa pilihan sektor pekerjaan...


then, wajib thick kat spp, yang selainnya depend on antum ea..
klik kemaskini..


yang nie untuk spa...
kalau korang tak klik spa kat bahagian depan tu, page yang nie x keluar...
lepas tu, klik berikut..


dan yang nie untuk spp..
isi maklumat
klik berikut..


thick saya setuju...
klik berikut..

bila dia dah sahkan rekod.. boleh la korang log out...
selamat mengisi ea..
salam alaik..







Logo JobsMalaysiaLogo JobsMalaysia

Friday, June 14, 2013

penyakit was-was



assalamualaikum korang...
td dengar tazkirah dari ustaz zahazan berkenaan dengan "waswasi"..
kalimah yang diambil dari surah al-nas bermkasud was-was...

dalam ibadah, situasi yang dikaitkan dengan was-was adalah seperti berikut...
seseorang sudah mengambil wudu', bila nak solat, dia kompius sama ada dah ambik ke belum...
pernah kan korang rasa macam nie...

menurut ustaz zahazan, was-was nie dapat dikategorikan sebagai penyakit..
punca dia - tidak dinyatakan pulak disebabkan oleh kelupaan.. tetapi lebih kepada bisikan syaitan (dalam konteks amal ibadah)..

hati nie sangat ajaib.. kadang-kadang sifat dia jauh melangkaui fikiran manusia...
dan kadang-kadang ianya sangat sukar untuk dikawal..
antum mesti pernah melalui ketika mana debaran hati nie otomatik je..
time terkejut ke, jatuh cinta ke, ta'ajub dengan keindahan Allah ke..
kadang-kadang ia berada sangat tenang sampai kite lupe org yg ada di sekeliling kite...
dan kadang-kadang ia sangat menyesakkan sehingga kite tak sedar perbuatan kite itu memudharatkan diri kite sendiri...

jadi, makna kata.. susah nak kawal penyakit nie...
"lebih-lebih lagi kepada org yang jahil" kata ustaz zahazan...

insyallah...
di sini ana nak share dengan antum penawar yang paling mudah...
sebelum tu, ana khabarkan penyelesaian dulu..
menurut tazkirah td, perasaan was-was ini jangan dihiraukan sangat...
apabila anta au anti rasa was-was, kembalikan kepada yang 'asal'..
sebagai contoh, kalau kite dah ambil wudu;, tetapi kite terlupa sama ada sudah batal wudu' atau belum..
kite kembali kepada yang asal di mana kite telah berwudu'...
tetapi kalau kite masuk toilet, tp lupe sama ada masih ada wudu' atau tak, kite kembali kepada sudah masuk toilet tadi...
selalunya kalau kite ke toilet, kite akan qada' hajat... kebarangkalian yang mungkin kite memegang kemaluan kite adalah besar, maka perlu lah kite berwudu' semula...

antara amalan Rasulullah saw dalam mengubati penyakit ini adalah dengan membaca surah al-nas...
amalan yang paling mudah...
jom kite banyakkan membaca suruh 3 qul tu...
al-nas, al-falaq dan al-ikhlas..
selamat beramal..
(,")



Thursday, June 13, 2013

penerapan nilai dalam rph





assalamualaikum guru pelatih semua...
haaa.. terutama jQAF yg still pening2x akan penerapan nilai nie...
penerapan nilai nie penting dalam P&P dan ia diberi penekanan yang sangat serius semasa praktikum yang dijalankan di mana, antum kene terapkan nilai2x ini secara langsung kepada murid-murid semasa sesi pembelajaran...
sebagai contohnya dalam bidang jawi..
semasa antum buat aktiviti, antum kelaskan murid kepada beberapa kumpulan...
nilai yg ingin diterapkan adalah kerjasama...
maka, antum kene sebut kat murid2x...
begini..

baik, ustazah nak kamu semua bekersama semasa membuat aktiviti yang ustazah bagi..
kalau kita bekerjasama, benda yang kita lakukan akan jadi mu.......
mudah...

_______________________________________________

korang mesti sebut dan beritahu murid dengan jelas tentang nilai yg korang nak terapkan tau...

contohnya begitulah ea...
huhu...

di sini, saya juga akan menyenaraikan beberapa elemen penerapan nilai iaitu:

baik hati
berdikari
hemah tinggi
hormat-menghormati
kasih-sayang
keadilan
kebebasan
keberanian
kebersihan fizikal dan mental
kejujuran
kerajinan
kerjasama
kesederhanaan
kesyukuran
rasional, dan
semangat bermasyarakat

till d next info...
(,")





kbkk dalam rph



assalamualaikum kepada semua guru pelatih..
di sini saya akan menyenaraikan beberapa elemen yang terkandung di dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK):

1. membanding beza
2. mengklasifikasi atau mengkategorikan
3. meneliti
4. menerangkan sebab
5. membuat ramalan
6. membuat andaian
7. membuat inferens
8. mengesahkan sumber maklumat
9. menjana idea
10. mencipta analogi
11. mencipta metafora
12. membuat keputusan
13. menyelesaikan masalah...

so, dalam rph... boleh masukkan elemen2x nie dalam rph antum ea... tQ..


Tuesday, June 11, 2013

pembuka bicara



assalamualaikum sahabat...
salam ukhwah kepada semua pembaca blog nie...
semoga Dia menyatukan dengan ukhwah fi sabililllah, insyallah...

so, wujudnya blog ini adalah untuk memperkukuhkan admin diri ana sendiri dalam pembentukan modal insan berteraskan al-Quran dan al-sunnah...
di samping memberi ingatan serta motivasi buat diri dan sahabat ana sama ada yang qarib mahupun yang nun ba'id di sabah dan sarawak...
harapan ana blog nie dapat membantu antum dan adeq2x ana dalam meneguhkan syiar Islam di muka bumi Allah ini...

sape yang ingin menyumbang, boleh klik dekat iklan-iklan ana di sebelah ea...
syukran jazilan...